Salam.
Annyeong
Bonjour
Sambungan:
“Oi,
ape main tarik2 ni?” teriak Junho. Dia
ditarik oleh 5 lelaki kerana ketidaksudiannnya keluar makan
5 minit sebelum itu:
5 minit sebelum itu:
“Aigoo,
penatnye~” keluh JunSu. 5 yang lain
turut duduk di lantai; Nichkhun, Ok Taek Yeon, Jang Woo Young, Lee Jun Ho, dan
Hwang Chan Seong (nama sebenar klw translate hangul). Mereka telah berlatih selama
8 jam tanpa henti.
“Hyung,
laparlah. Jom pergi makan.” Usul Chansung. Dia dikenali sebagai seorang yang
kuat makan. Bagaimanapun Chansung ialah paling muda antara mereka. Taecyeon yang tadinya terbaring, tiba2 duduk.
“Jom!” dia bersetuju.
“Ha,
aku tau kedai makan yang sedap dekat2 sini. Haritu kawan aku bawak. Bibimbap
dia sedap giler!” beritahu Wooyoung pula. Mata yang lain2 bersinar. Sememangnya
mereka lapar. Kecuali yang seorang itu...
“Hai,
korang pergilah. Aku penatlah. Nak tidur saja ni. Tak larat dah.” Kelihatan
Junho yang masih berbaring terlantar. 5 yang lain berpandangan sesame mereka.
Dan
disini lah dia berada kini. Diseret secara paksa oleh 5 yang lain. Akhirnya dia
mengalah.
“Yelah2.
Aku jalan sendiri.” Langkahnya lemah.
Ketika
mereka tiba di kedai makan itu:
“Ah,
tempat kosong tu tinggal satu! Cepat Hyung!” Chansung menyeret Nichkhun
bersama. Ketika semua sudah duduk. “Apa yang sedap ni? Korang makan ape?” soal
Junho yang seperti orang kebingungan. Scarf panjang yang dililit di leher
ditarik menutup hidung kerana kesejukan.
“Erm,
Bibimbap dia paling sedap. Tapi aku tak nak makan bibimbap hari ni. Nak makan
Tteokbukki lah.” Jawab Junsu. Ketika itu muncul seorang gadis yang sedang
mengangkat pinggan kotor.
“Agasshi!”
panggil Wooyoung. ‘tak pernah nampak pun perempuan ni. Orang baru kot?’ fikir
Wooyoung. Gadis itu mendekati mereka. Setelah mengambil order, Junho terlihat 1
corner yang menyediakan Kimbap. Dia bangkit dari kerusi.
“Saya
nak Kimbap tuna satu.” Pesannya. ‘oh ni perempuan yang ambil order tadi. Muda2
dah kerja kat kedai makan. Tak belajar ke?’ dia bermonolog. ‘pandai2 aku je.
Entah2 part time ke. Mana aku tau. Nak tanye ke tak? Eh, buat ape aku nak
tanye?’ gadis itu tiba2 tersenyum. Junho membalas. Tiba2 muka gadis itu
berubah. Junho terpana. Kenalkah gadis itu padanya? Tapi mereka belum pun
debut. Mana mungkin gadis ini mengenalinya. ‘macam perasan artis feymes lah
pulak aku ni. Dahlah, abaikan aje. Dia tak kenal kot.’
Setelah
membuat bayaran, dia kembali ke meja. Kelihatan gadis itu pun sudah hilang dari
pandangan. ‘Ahhh, biarlah.’ Junho tak ambil pusing.
esok
tengah harinya:
"eh,
hyung. jom pergi makan kat kedai semalam lagi." ajak Junho. Junsu
menangkat kening.
"semalam
bukan main liat lagi ajak makan. hari ni laju aje. kau dah sangkut kat anak
makcik kedai tu ke ape?" Woo Young serkap jarang. Junho terkejut.
"makcik
kedai tu ade anak perempuan ke?" soal Junho hairan. Masing2 terdiam.
"aku
agak je" haha riuh kedengaran suara Wooyoung bersama yang lain ketawa.
'bengong betullah diorang ni. berani mainkan aku. cess.'
bersambung...
bersambung...
* Bibimbap: sejenis nasi yang dicampurkan dengan pelbagai jenis sayur dan pes sos cili.
*Kimbap: sejenis sushi gulung.
sarang a.k.a love
MissD
No comments:
Post a Comment