About Me

My photo
Shah Alam, Malaysia
I am Realistic, Confident, Happy, and Funny. but I have attitude problem of Temper. That's why i am still single. who can bear with my temper, please come forward. I'll consider u. I am indeed searching for my Mr. Right :) . Currently persuing my Degree of Fashion Design at UiTM Shah Alam. I am a Malay, Java, Bugis, Minang, Banja, and all kind of mixes. but in the end, i am just a Malay girl. I have a loud voice, so u don't need a speaker instead of having ME! :D Enjoy!

Monday 27 February 2012

Bosan Pakai Selendang?

Salam.
안녕.
Bonjour.


semalam (25hb) aku kazen aku bertunang dengan orang Puchong.
family aku semuanya pakai baju Purple termasuk dengan akak aku yang tak pernah kisah tema.
bila aku selak2 almari, "BAJU PURPLE AKU TERTINGGAL KAT SHAH ALAM!!!!!
aku menangis, tergolek2 berguling2, merengek2, terjerit2 dan yang sewaktu dengannya sebab aku menjadi 'anak tiri' pada hari tu. 
p/s: aku kalau ada special event macam tu suka pakai baju same kaler ngan mak aku. *ok, gedik* ikut mood jugaklah. kadang2 nak sama dengan akak aku.. hihi kalau tak sama aku akan menganggap diri sendiri adalah anak angkat pada hari tu. :)

ok, setelah tenang dan tarik baju yang aku agak suka *sebab aku tak berapa suka pakai baju kurung*. tudung pulak jadi masalahnya.
kadang2 menyampah jugak pakai tudung tau. sebab kalau tak sama dengan baju rasa macam mood aku akan hilang 1 hari. huhu rumitnya.
aku utarakan pada parents aku "Malaslah nak pakai tudung macam ni!" *merajuk pasal warna baju tak habis lagi*
bapak aku cepat2 je jawab "Jangan nak mengada2. Dosa tu ayah tak larat nak tanggung!
huiyoo, kecut perut aku terus. theehee~ 
sebenarnya saja test parents aku. gila kau tak nak pakai tudung! Dosa tu Not in the list! :D *sorry kalau terasa*

so, aku pun cariklah tudung bawal yang hanyir sebab bau ikan *bawal kan*. 
sebabnya semalam satu hari aku pakai selendang dengan inner yang tutup kepala aku sampai aku pening kepala malamnya.
so, bila pagi tu pening aku tak surut lagi, aku pun pilihlah tudung yang dah tersedia gosoknya. :D

sekali sekala tukar haluan, tak salahkan. 
dek kerana tak nak dianggap selekeh. aku pun try lah style baru yang diperkenalkan oleh kawan aku. 
thanks to Sha Azman! *i lap u lah!*

mula2 nampak macam orang tak reti pakai tudung pun ada jugak style baru neyh. 
bila macam dah ok sikit, aku pun proceed lah.
tapi, akak aku tegur "Dik, cepatlah siap!" aik? aku dah siaplah. teruk rabun akak aku neyh. 
pastu baru dia nampak aku pakai style lain. ape lagi, kena kutuk 1 hari. *tahan je lah*

nak tau style macam mana? hihi~






tarra!!!~


with oori Ommuni ga! :D


perjalanan terganggu sebab Le Tour de Langkawi.



sape lagi tembam? hoho~
so, apa lagi. Mari mencuba!!! :D 
happy trying..


p/s: ni gambar yg cute2 bajet tudung jadi je. banyak yang tak jadinya.. kui3~ :D




사랑 a.k.a. love
MissD

Monday 20 February 2012

4th Language and U?

Salam.
안녕.
Bonjour.


u must be wondering why i changed my 'Annyeong' to '안녕' right?
dear friends, the new one is in Hangeul; Korean Alphabet. 

speaking of Hangeul. did u know that Korea Plaza have a FREE classes of Korean Language?? i mean FREE. yeah, it is for FREE *ok, now i've mention it 3 times, u must be awaken by now*. 
i just got to know it last January. since my friend posted it on her Facebook *Thanks to FB!*.

and of course i MUST join it since it is free and i'm also free from a semester which it started on my very 1st day of semester break. 
i'm very glad i got in and my class is on every Friday at 1.30 till 3.30.
so, i am alternating from Negeri to KL just to go to the class..

now, it is not free anymore. coz i have to pay for the petrol to go to the KTM station and go to the KL Sentral. transit to Monorail and drop off at Raja Chulan. fiuhh, such a long journey~
it took me an hour and a half to reach Menara Hap Seng. Aigoo, tired already.

now, it has been 4 classes and i got 6 classes more. 
now, the lesson are starting to get difficult and hard.. Hangeul is sooo difficult to learn. 
it needs focus and interest.
PRECAUTION: if u are not interested of learning better not! 
me myself are dizzy when the Hangeul itself getting harder and harder.
but i do exercises regularly so that i can pick up for the next lesson *since it is holiday*. 
u know coz, Hangeul is actually cannot be translated into Roman Alphabet.



this is what i learn *thanks to google*
it is fun at first i learn how the Alphabet is really being invented by King Sejong and his scholars.

click on the pic.

i also being taught how to construct the words in Hangeul. it is like the chinese alphabet.
it have the upper and bottom level of each alphabet. 
u know what i mean if u also learnt this Language.

and yah,why this language is 4th language? *i think 5th*
i have French as my 3rd language which is in my Study Schedule.

so, taking another Language is Fun for me. 
just hoping that i could learn another Language so that i can widen my eyes, heart and mind.. :D

how bout u? :)

사랑 a.k.a. love,
MissD

Penghujung Cinta..

Salam.
Annyeong.
Bonjour.

aku terbaca status seorang shabat aku: 

Sebelumku terima cintamu,pastikan aku cerminkan jiwaku. Untuk aku,cinta kamu. Dan. 


Dalam jiwa aku hapuskan sisa-sisa cinta lepas.


sungguh indah ayat nye. hati aku terpaut. dek kata2 nya itu.. pada tuannye? no comment!


aku bukanlah patung,
aku bukanlah boneka
aku bukanlah mainan
aku adalah aku.


mempunyai perasaan bukan silapku
tetapi cinta kepadamu mungkin silapku.


apa yang kau katakan kini menjadi penawar
kata-kata kau jugalah racun

sungguh pintar perasaan ku bermain-main
berlegar di segenap hatiku
menjenguk tatkala aku berbicara denganmu
mengungkai tangkai hatiku supaya jatuh padamu


ah, sungguh perasaanku bermain lagi
seperti tidak cukup pengalaman pahitku
kini ianya bertambah lagi


dan ku hanya berharap
bahawa kali ini
ia akan menjadi yang
TERAKHIR.....
terimalah cintaku...




사랑 a.k.a. love
MissD





Preview Drama: Dream High 2. -ongoing-

Salam.
Annyeong.
Bonjour.


hai, dah lama tak update blog walaupun cuti panjangggggg sgt.. huhu

ok, hari ni nak story the mory pasal cerita Korea lah pulak tetiba. hihi
baca je lah~

cerita ni bertajuk
DREAM HIGH 2.
kenapa nombor 2? cerita ni adalah sekuel dari DREAM HIGH. 
semuanya lain dalam drama ke 2 ni. yang sama cuma sekolah dan JinMan sonsaengnim (cikgu).

bintang2 Dream High 2.

untuk pengetahuan korang, drama ni adalah kerjasama dari JYP Entertainment di mana Manager JYP sendiri belakon dalam ni sejak Dream High lagi (yang Cikgu JinMan tu). 

drama ni pulak bertemakan romantik musikal. so, kalau tengok drama ni, banyak lah lagu2 top dinyanyikan semula oleh pelakon2 nya.
sebab tu lah drama Dream High dulu boleh top. 

lebih2 lagi, DH2 ni dibintangi oleh penyanyi2  dan pelakon2 top!. 

Jinwoon (2AM) - Jin YooJin
Kang Sora (pelakon) - HaeSung
JB (Trainee JYPE) - JB (as himself)
Jiyeon (T-Ara) - Rian
Hyorin (Sister) - Nana
Kahi (After School) - IDK her name but she act as a teacher. :)
dan ramai lagi pelakon2 yang boleh dikira fofular jugak lah.. huhu

drama ni pulak pasal pelajar sekolah seni musik mengejar cita2 untuk jadi artis. 
sekolah ni dah jadi teruk lepas Principle (DH) berhenti dan principle(DH2) ambil alih. 
dan sorang president syarikat produksi dah beli sekolah tu dan dia bawa masuk artis2 nya ke dalam Kirin Art School (nama sekolah tu). tau2 je lah kalau dah jadi artis masuk sekolah biasa2. perangai berlagak, bajet bagus tu mesti ada kan. :)

drama ni tengah ditayangkan di KBS (KBSW belum lagi). sekarang ni baru episod 6. kalau kat KBSWorld bakal ditayangkan bulan depan *rasanya lah*.
aku sendiri tengok kat internet, sebab tak sabar.. :)
biasalah, bintang pujaan hati ada berlakon.! siapa lagi kalau bukan JinWoon oppa!! :D

hensemkan? dia ni pun kategori badan Mantopp and smiling eyes lagi tu! i like very the much lah! :)
cair beb tengok dia berlakon! 
anyway, ini adalah drama debut untuk Jinwoon dan JB. 
aku tak tau JB u muncul dari mana yang aku tau dia trainee JYPE je. mungkin akan debut sbg idol group jugak? no comment! :)

sebab aq tetap minat Jinwoon! aku harap2 dialah hero dalam drama ni.. :) 
sebab mana tau, ada 'twist' dalam drama ni tetiba JB plak hero dia kan.. ohh, my jinwoon! :(


so, for this drama setakat ni aku bagi 3 bintang sebab tak berapa puas hati dgn lakonan Sora. haisyhh~

aku harap2 lepas ni makin oklah drama ni. supaya aku tak kecewa nanti.. :)
JinWoon Oppa, hwaiting!! :)

사랑하다!! :D

sarang a.k.a. love
MissD

Monday 6 February 2012

FanFic #1- Kau Kenal Aku ke? ep 2..

Salam.
Annyeong
Bonjour



Sambungan:


“Oi, ape main tarik2 ni?” teriak Junho.  Dia ditarik oleh 5 lelaki kerana ketidaksudiannnya keluar makan 
5 minit sebelum itu:

“Aigoo, penatnye~” keluh  JunSu. 5 yang lain turut duduk di lantai; Nichkhun, Ok Taek Yeon, Jang Woo Young, Lee Jun Ho, dan Hwang Chan Seong (nama sebenar klw translate hangul). Mereka telah berlatih selama 8 jam tanpa henti.

“Hyung, laparlah. Jom pergi makan.” Usul Chansung. Dia dikenali sebagai seorang yang kuat makan. Bagaimanapun Chansung ialah paling muda antara mereka.  Taecyeon yang tadinya terbaring, tiba2 duduk. 

“Jom!” dia bersetuju.

“Ha, aku tau kedai makan yang sedap dekat2 sini. Haritu kawan aku bawak. Bibimbap dia sedap giler!” beritahu Wooyoung pula. Mata yang lain2 bersinar. Sememangnya mereka lapar. Kecuali yang seorang itu...

“Hai, korang pergilah. Aku penatlah. Nak tidur saja ni. Tak larat dah.” Kelihatan Junho yang masih berbaring terlantar. 5 yang lain berpandangan sesame mereka.


Dan disini lah dia berada kini. Diseret secara paksa oleh 5 yang lain. Akhirnya dia mengalah.

“Yelah2. Aku jalan sendiri.” Langkahnya lemah.
Ketika mereka tiba di kedai makan itu:

“Ah, tempat kosong tu tinggal satu! Cepat Hyung!” Chansung menyeret Nichkhun bersama. Ketika semua sudah duduk. “Apa yang sedap ni? Korang makan ape?” soal Junho yang seperti orang kebingungan. Scarf panjang yang dililit di leher ditarik menutup hidung kerana kesejukan.

“Erm, Bibimbap dia paling sedap. Tapi aku tak nak makan bibimbap hari ni. Nak makan Tteokbukki lah.” Jawab Junsu. Ketika itu muncul seorang gadis yang sedang mengangkat pinggan kotor.

“Agasshi!” panggil Wooyoung. ‘tak pernah nampak pun perempuan ni. Orang baru kot?’ fikir Wooyoung. Gadis itu mendekati mereka. Setelah mengambil order, Junho terlihat 1 corner yang menyediakan Kimbap. Dia bangkit dari kerusi.

“Saya nak Kimbap tuna satu.” Pesannya. ‘oh ni perempuan yang ambil order tadi. Muda2 dah kerja kat kedai makan. Tak belajar ke?’ dia bermonolog. ‘pandai2 aku je. Entah2 part time ke. Mana aku tau. Nak tanye ke tak? Eh, buat ape aku nak tanye?’ gadis itu tiba2 tersenyum. Junho membalas. Tiba2 muka gadis itu berubah. Junho terpana. Kenalkah gadis itu padanya? Tapi mereka belum pun debut. Mana mungkin gadis ini mengenalinya. ‘macam perasan artis feymes lah pulak aku ni. Dahlah, abaikan aje. Dia tak kenal kot.’
Setelah membuat bayaran, dia kembali ke meja. Kelihatan gadis itu pun sudah hilang dari pandangan. ‘Ahhh, biarlah.’ Junho tak ambil pusing.


esok tengah harinya:

"eh, hyung. jom pergi makan kat kedai semalam lagi." ajak Junho. Junsu menangkat kening. 

"semalam bukan main liat lagi ajak makan. hari ni laju aje. kau dah sangkut kat anak makcik kedai tu ke ape?" Woo Young serkap jarang. Junho terkejut. 

"makcik kedai tu ade anak perempuan ke?" soal Junho hairan. Masing2 terdiam.

"aku agak je" haha riuh kedengaran suara Wooyoung bersama yang lain ketawa. 'bengong betullah diorang ni. berani mainkan aku. cess.'


bersambung...



* Bibimbap: sejenis nasi yang dicampurkan dengan pelbagai jenis sayur dan pes sos cili.

*Kimbap: sejenis sushi gulung.


sarang a.k.a love
MissD