About Me

My photo
Shah Alam, Malaysia
I am Realistic, Confident, Happy, and Funny. but I have attitude problem of Temper. That's why i am still single. who can bear with my temper, please come forward. I'll consider u. I am indeed searching for my Mr. Right :) . Currently persuing my Degree of Fashion Design at UiTM Shah Alam. I am a Malay, Java, Bugis, Minang, Banja, and all kind of mixes. but in the end, i am just a Malay girl. I have a loud voice, so u don't need a speaker instead of having ME! :D Enjoy!

Wednesday, 7 March 2012

Pernah tak Korang Rasa...?

Assalamualaikum
Annyeong
Bonjour



pernah terfikir nak lari dari bidang korang sekarang ni tak? mesti pernah kan?
kalau tak, korang tak bosan ke? teeheeXD 

bagi aku, hati aku takde dalam bidang sekarang ni. walaupun dah 3 tahun aku dalam bidang ni. 
cukup lama aku terjebak sepatutnya minat tu dah wujud lama dulu kan? *ok, aku org pelik*

aku bercita2, lepas habis Degree ni nak sambung sesuatu yang lain. aku nak lari dari bidang aku sekarang ni.
tapi! tak mustahil aku akan kembali pada bidang aku skrg ni satu hari nanti.

so, my decision is. aku nak cuba ke arah Culture. budaya. 
kalau boleh aku nak study pasal Korean Culture *agak2 ade tak kos ni? risau jugak aku*
sebab aku rasa minat aku kepada budaya negara mata sepet ni terlalu mendalam.

aku bukanlah hardcore Kpop,
aku bukanlah hardcore Kdrama.
tapi aku peminat Klanguage dan Kculture.. :D

aku tengok cerita Korea, dengar lagu Korea pun sebab aku suka bahasa diorang.
seriously bila aku pergi korea haritu aku rasa macam tak percaya. aku boleh tengok sendiri dengan mata aku macam mana negara tu. memang aku amazed! Korea masih lagi mengekalkan adab dan tak tau macam amna lagi aku nak describe diorang ni. korang nak tau kena rasa sendiri, baru tau. :D

insya Allah aku harap pilihan aku kali ni tepat.
so, aku nak cepat2 habiskan Degree ni dan terus sambung bidang lain yang aku dah pilih ni. aku dah bat research nak amek macam mana dan kat mana.  tu baru 1, nanti aku nak try tengok kat tempat lain2..

korang pernah rasa macam aku rasa ni tak??
kongsilah.. :D


p/s: ok, subject minor aku pasal culture aku dapat A. rasa2 tepat tak keputusan aku ni? :D


 사랑 a.k.a. love
MissD

Sunday, 4 March 2012

FanFic #1- Kau Kenal Aku ke? ep 3..


Sambungan:


Suasana di Inha Universiti riuh rendah kerana kini waktu tengah hari. Ramai yang berada di Kafe untuk mendapatkan makan tengah hari mereka. Kelihatan Gadis itu sedang mencari tempat2 kosong untuk didudukinya sambil menatang dulang. Tiba2 seseorang melambai ke arahnya. Mata gadis itu bertambah sepet untuk melihat dengan lebih jelas orang yang melambainya itu. Dia menghampiri. 
Tiba2 dia dilanggari seorang dari arah belakangnya. Dia tidak sempat menahan dirinya daripada tersungkur. Akhirnya lantai Kafe itu disembahnya. Dulangnya juga terlepas dari tangan. Kelihatan makanan bersepah di lantai. Dia terasa seperti mahu menangis melihat makanan itu dibazirkan.

“Ommo, saya minta maaf. Minta maaf.” Ujar suara perempuan itu.

“Tak apalah. Dah jatuh dah pun.” Balas Gadis itu lemah.

Dia melihat pakaiannya yang kotor terkena tempias makanan yang jatuh itu. Sedang dia mengibas makanan yang terlekat itu, tiba2 ada satu tangan yang menghulur tisu kepada Gadis itu. Dia mengambilnya sambil bangun. Tetapi, tangan itu bukan saja menghulur tisu, malah menolongnya bangun dari lantai yang menjadi saksi kejatuhannya tadi.

Sebelum dia melihat orang yang menolongnya, dia melihat sekeliling Kafe di mana semua orang sedang melihatnya. ‘Aduh, malunya aku!’ Gadis itu bermonolog. Dia menunduk.

“Awak tak apa2?” soalan itu membuatkan Gadis itu teringat tangan yang sudah menolongnya. Dia menoleh ke belakang.

“Oh, saya tak apa2 sikit aje ni” balas Gadis itu. Dia mengelap bajunya dengan tisu tadi. ‘ah, lelaki yang tolong aku ni.’

“Ok.” Ujar lelaki tersebut. Lelaki yang memakai mafela setinggi paras dagu itu tersenyum lalu membuka langkah. Gadis itu terpana.

“Ook! Nanti!” tahan Gadis itu. Dia menghalang jalan lelaki itu. Lama memerhati wajah lelaki itu.

“Eh, Kimbap!” hampir serentak tetapi suara lelaki itu mendahuluinya. Mereka saling tersenyum.


Kini baru Junho tau, yang gadis di kedai Bibimbap tempoh hari pelajar Universiti. Malah satu U dengannya. Kecilnya dunia. Dia yang berada di mesin minuman tersenyum sendiri.

Bagaimana dia begitu ingin berjumpa dengan Gadis itu lagi, dia nekad ke kedai makan Bibimbap itu setiap hari. Tetapi yang dijumpainya adalah hampa. Gadis itu tidak muncul2 juga. Akhirnya setelah 2 minggu, dia putus asa.

Kini, tanpa dia berusaha Gadis itu berdiri di hadapannya.
Bunyi tin minuman jatuh membawanya ke alam nyata. Junho mengambil 2 tin minuman dibawa ke arah Gadis itu yang sedang duduk di bangku berdekatan.

“Nah.” Hulur Junho.

“Awak tak apa2 ke?” soalnya pula apabila Gadis itu hanya memandangnya tanpa bersuara. Gadis itu menggeleng.

-sepi-……

Tiba2 bunyi telefon Gadis itu mengejutkan mereka berdua.

“Yeobusseyo?”

“Ah,” Gadis itu melihat jam tangannya. “Aku datang sekarang.” Ujarnya lalu menyimpan kembali telefon ke dalam begnya.

“Saya kena pergi sekarang. Ada kelas.” Gesa Gadis itu, sudah berdiri. Junho terpinga2.

“Eh, nama.” Gadis itu tak jadi melangkah. “Nama awak apa?” sambung Junho.

“Min Ji. Park Min Ji.” Balas Gadis bernama MinJi itu.

“Saya..”

“Saya kenal awak.” MinJi memotong ayat Junho. Berkerut dahi Junho.

“Okay, bye! Bangawoyo!” setelah itu MinJi terus berlalu. Junho masih terpinga.

‘Mana dia kenal aku? Masa beli Kimbap tu aje ke? Tak mungkin! MANA DIA KENAL AKU?????’


akan bersambung~



사랑 a.k.a. love
MissD