About Me

My photo
Shah Alam, Malaysia
I am Realistic, Confident, Happy, and Funny. but I have attitude problem of Temper. That's why i am still single. who can bear with my temper, please come forward. I'll consider u. I am indeed searching for my Mr. Right :) . Currently persuing my Degree of Fashion Design at UiTM Shah Alam. I am a Malay, Java, Bugis, Minang, Banja, and all kind of mixes. but in the end, i am just a Malay girl. I have a loud voice, so u don't need a speaker instead of having ME! :D Enjoy!

Monday, 20 February 2012

Preview Drama: Dream High 2. -ongoing-

Salam.
Annyeong.
Bonjour.


hai, dah lama tak update blog walaupun cuti panjangggggg sgt.. huhu

ok, hari ni nak story the mory pasal cerita Korea lah pulak tetiba. hihi
baca je lah~

cerita ni bertajuk
DREAM HIGH 2.
kenapa nombor 2? cerita ni adalah sekuel dari DREAM HIGH. 
semuanya lain dalam drama ke 2 ni. yang sama cuma sekolah dan JinMan sonsaengnim (cikgu).

bintang2 Dream High 2.

untuk pengetahuan korang, drama ni adalah kerjasama dari JYP Entertainment di mana Manager JYP sendiri belakon dalam ni sejak Dream High lagi (yang Cikgu JinMan tu). 

drama ni pulak bertemakan romantik musikal. so, kalau tengok drama ni, banyak lah lagu2 top dinyanyikan semula oleh pelakon2 nya.
sebab tu lah drama Dream High dulu boleh top. 

lebih2 lagi, DH2 ni dibintangi oleh penyanyi2  dan pelakon2 top!. 

Jinwoon (2AM) - Jin YooJin
Kang Sora (pelakon) - HaeSung
JB (Trainee JYPE) - JB (as himself)
Jiyeon (T-Ara) - Rian
Hyorin (Sister) - Nana
Kahi (After School) - IDK her name but she act as a teacher. :)
dan ramai lagi pelakon2 yang boleh dikira fofular jugak lah.. huhu

drama ni pulak pasal pelajar sekolah seni musik mengejar cita2 untuk jadi artis. 
sekolah ni dah jadi teruk lepas Principle (DH) berhenti dan principle(DH2) ambil alih. 
dan sorang president syarikat produksi dah beli sekolah tu dan dia bawa masuk artis2 nya ke dalam Kirin Art School (nama sekolah tu). tau2 je lah kalau dah jadi artis masuk sekolah biasa2. perangai berlagak, bajet bagus tu mesti ada kan. :)

drama ni tengah ditayangkan di KBS (KBSW belum lagi). sekarang ni baru episod 6. kalau kat KBSWorld bakal ditayangkan bulan depan *rasanya lah*.
aku sendiri tengok kat internet, sebab tak sabar.. :)
biasalah, bintang pujaan hati ada berlakon.! siapa lagi kalau bukan JinWoon oppa!! :D

hensemkan? dia ni pun kategori badan Mantopp and smiling eyes lagi tu! i like very the much lah! :)
cair beb tengok dia berlakon! 
anyway, ini adalah drama debut untuk Jinwoon dan JB. 
aku tak tau JB u muncul dari mana yang aku tau dia trainee JYPE je. mungkin akan debut sbg idol group jugak? no comment! :)

sebab aq tetap minat Jinwoon! aku harap2 dialah hero dalam drama ni.. :) 
sebab mana tau, ada 'twist' dalam drama ni tetiba JB plak hero dia kan.. ohh, my jinwoon! :(


so, for this drama setakat ni aku bagi 3 bintang sebab tak berapa puas hati dgn lakonan Sora. haisyhh~

aku harap2 lepas ni makin oklah drama ni. supaya aku tak kecewa nanti.. :)
JinWoon Oppa, hwaiting!! :)

사랑하다!! :D

sarang a.k.a. love
MissD

Monday, 6 February 2012

FanFic #1- Kau Kenal Aku ke? ep 2..

Salam.
Annyeong
Bonjour



Sambungan:


“Oi, ape main tarik2 ni?” teriak Junho.  Dia ditarik oleh 5 lelaki kerana ketidaksudiannnya keluar makan 
5 minit sebelum itu:

“Aigoo, penatnye~” keluh  JunSu. 5 yang lain turut duduk di lantai; Nichkhun, Ok Taek Yeon, Jang Woo Young, Lee Jun Ho, dan Hwang Chan Seong (nama sebenar klw translate hangul). Mereka telah berlatih selama 8 jam tanpa henti.

“Hyung, laparlah. Jom pergi makan.” Usul Chansung. Dia dikenali sebagai seorang yang kuat makan. Bagaimanapun Chansung ialah paling muda antara mereka.  Taecyeon yang tadinya terbaring, tiba2 duduk. 

“Jom!” dia bersetuju.

“Ha, aku tau kedai makan yang sedap dekat2 sini. Haritu kawan aku bawak. Bibimbap dia sedap giler!” beritahu Wooyoung pula. Mata yang lain2 bersinar. Sememangnya mereka lapar. Kecuali yang seorang itu...

“Hai, korang pergilah. Aku penatlah. Nak tidur saja ni. Tak larat dah.” Kelihatan Junho yang masih berbaring terlantar. 5 yang lain berpandangan sesame mereka.


Dan disini lah dia berada kini. Diseret secara paksa oleh 5 yang lain. Akhirnya dia mengalah.

“Yelah2. Aku jalan sendiri.” Langkahnya lemah.
Ketika mereka tiba di kedai makan itu:

“Ah, tempat kosong tu tinggal satu! Cepat Hyung!” Chansung menyeret Nichkhun bersama. Ketika semua sudah duduk. “Apa yang sedap ni? Korang makan ape?” soal Junho yang seperti orang kebingungan. Scarf panjang yang dililit di leher ditarik menutup hidung kerana kesejukan.

“Erm, Bibimbap dia paling sedap. Tapi aku tak nak makan bibimbap hari ni. Nak makan Tteokbukki lah.” Jawab Junsu. Ketika itu muncul seorang gadis yang sedang mengangkat pinggan kotor.

“Agasshi!” panggil Wooyoung. ‘tak pernah nampak pun perempuan ni. Orang baru kot?’ fikir Wooyoung. Gadis itu mendekati mereka. Setelah mengambil order, Junho terlihat 1 corner yang menyediakan Kimbap. Dia bangkit dari kerusi.

“Saya nak Kimbap tuna satu.” Pesannya. ‘oh ni perempuan yang ambil order tadi. Muda2 dah kerja kat kedai makan. Tak belajar ke?’ dia bermonolog. ‘pandai2 aku je. Entah2 part time ke. Mana aku tau. Nak tanye ke tak? Eh, buat ape aku nak tanye?’ gadis itu tiba2 tersenyum. Junho membalas. Tiba2 muka gadis itu berubah. Junho terpana. Kenalkah gadis itu padanya? Tapi mereka belum pun debut. Mana mungkin gadis ini mengenalinya. ‘macam perasan artis feymes lah pulak aku ni. Dahlah, abaikan aje. Dia tak kenal kot.’
Setelah membuat bayaran, dia kembali ke meja. Kelihatan gadis itu pun sudah hilang dari pandangan. ‘Ahhh, biarlah.’ Junho tak ambil pusing.


esok tengah harinya:

"eh, hyung. jom pergi makan kat kedai semalam lagi." ajak Junho. Junsu menangkat kening. 

"semalam bukan main liat lagi ajak makan. hari ni laju aje. kau dah sangkut kat anak makcik kedai tu ke ape?" Woo Young serkap jarang. Junho terkejut. 

"makcik kedai tu ade anak perempuan ke?" soal Junho hairan. Masing2 terdiam.

"aku agak je" haha riuh kedengaran suara Wooyoung bersama yang lain ketawa. 'bengong betullah diorang ni. berani mainkan aku. cess.'


bersambung...



* Bibimbap: sejenis nasi yang dicampurkan dengan pelbagai jenis sayur dan pes sos cili.

*Kimbap: sejenis sushi gulung.


sarang a.k.a love
MissD


Sunday, 29 January 2012

FanFic #1: Kau Kenal Aku ke? ep 1



Salam. 
ini percubaan pertama aku menulis FanFic. tapi percubaan banyak kali dlm menulis cerita. huhu
Enjoy ya!!~ :)



Terasa malas betul gadis itu menyeret langkah di tengah2 kesejukan itu. Teringat suruhan ibunya siang tadi.

“Jangan lupa datang ke gerai nanti. Hari ni Kak Narsha kamu cuti. Jadi kamu kena datang tolong ibu. Tau-tau ajelah tengah hari nanti, mesti sesak kedai tu. Hari ni pulak hari Isnin. Confirm ramai orang.” Aku hanya mengangguk malas.

Ibunya mempunyai gerai makan di ceruk Imsadong. Sudah 20 tahun gerai itu dibuka. ‘fuh, sebelum aku lahir tu..’ hehe nasib baik tempat yang ibunya pilih tu sangat strategic, sebab berdekatan dgn sebuah Universiti. Jadi, gerai ibunya sentiasa penuh dengan pelajar.
Ibunya mengupah orang untuk menolongnya. Gadis itu tau ibunya tidak mahu menyusahkan dia kerana dia sendiri masih belajar. Tapi, kadang2 bile timbul hal macam ni, ibunya terpaksa menyuruh dia tolong. Dan seperti hari ini, gadis itu gagahkan diri yang sangat malas ke kedai ibunya. ‘Aigoo~’
Seperti yang dijangkakan, ketika dia sampai gerai ibu sudah dipenuhi dengan manusia2 lapar.

“Ahjumma, Bibimbap satu!” teriak salah seorang pekerja ibunya. Gadis itu segera memakai apron dan mengangkat pinggan mangkuk kotor di atas meja. Tiba2 dia dipanggil sekumpulan remaja.

“Agasshi!” gadis itu segera mendapatkan mereka. “Bibimbap 5!” salah seorang dari mereka memesan. Dia hanya mengangguk.

“Ibu, Bibimbap 5, meja 3.” Setelah memberitahu ibu, gadis itu ke meja membuat Kimbap.
oh, ya. gerai ibu gadis ini menjual pelbagai makanan korea. tetapi yang menjadi tarikannya ialah Bibimbap nya yang sangat sedap dan terkenal di kalangan pelajar U berdekatan. sebab itu gerai mereka sentiasa penuh di waktu tengah hari.

“Saya nak kimbap tuna satu.” Pesan seorang lelaki. Kelihatannya seperti pelajar. ‘budak U lah ni.’ Fikirnya. Lelaki itu mengenakan scarf panjang di leher sehingga menutupi separuh mukanya. Masakan tidak, suhu kini berada di bawah 0 darjah! Gadis itu meneliti.
Tiba2 matanya terhenti di mata lelaki itu. Zapp! "Ookk!" gadis itu terkejut. dia menutup mulutnya seperti menahan dari suaranya keluar. Lelaki itu menarik scarfnya semakin tinggi untuk menutup muka. ‘Takkan dia kenal pulak! Matilah~’ fikir lelaki itu.

Tetapi gadis itu hanya tersenyum dan kembali menggulung Kimbap tersebut. ‘Kyaaaaa!!!!’ gadis itu menjerit di dalam hati. Dia tau, jika mulutnya terbuka di saat itu. Pasti rahsia ini akan terbongkar. Dia melihat sekeliling. Dengan jumlah pelanggan yang seramai ini, tidak mungkin dia akan membuka mulut. Jadi, dia hanya boleh menjerit di dalam hati. kalau lemah semangat ni mungkin dia sudah pengsan!

Lelaki itu kelihatan lega. Setelah siap membungkus kimbap, gadis itu menghulur kepada lelaki tersebut.
“Bayar di kaunter, ya.” Gadis itu tersenyum lebar. Lelaki itu mengangguk.
“Kamsahamnida.” Gadis itu terpana. ‘Sah! Tidak syak lagi!’ dia kaku di situ......
Hanya melihat lelaki itu membayar dan kembali duduk di meja. 'Eh, tu meja yang aku amik order tadi! mcm mane lah aku boleh tak perasan. Aigoo~' gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. dia mengangkat muka. kini mata mereka bertemu. gadis itu terdiam. lelaki itu menghulurkan senyuman dan menunduk tanda hormat. gadis itu menunduk juga. 

Seperti mukanya sudah memerah. dia kembali ke dapur untuk mencuci pinggan pula. pura2 sibuk. "Ahh, ottokae! Aigoo yah~" gadis itu mengeluh. setelah sudah, dia kembali ke bahagian depan. 
dia terlihat meja 3 yang sudah kosong. digantikan dengan pelanggan yang baru tiba. matanya melilau mancari muka lelaki tadi. tetapi hampa...
"Rugilah aku~" gadis itu mengeluh.....

bersambung...



Copyright by Adilia Ahmad a.k.a Miss D

p/s: don't copy. coz God knows that what are u doing is SINFUL... 
peace! :)